Twitter FaceBook You Tube

Selpex sasar RM150j

SHAH ALAM - Ekspo Hartanah dan Gaya Hidup Selangor (Selpex) 2011 yang dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini menawarkan nilai keseluruhan projek hartanah mencecah RM3 billion dengan anggaran kira-kira 300,000 pengunjung.

Ekspo hartanah edisi kedua ini ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan lebih 40 pemaju hartanah seperti Sime Darby Bhd, Glomac Bhd, Naza TTDI dan Worldwide Holdings Bhd, bank dan syarikat hiasan dalaman rumah mengambil bahagian.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, pihaknya menyasarkan transaksi jualan hartanah bernilai RM150 Juta dalam masa tiga hari acara ini berlangsung.

“Meskipun sasaran itu agak kurang berbanding jualan tahun lepas yang mencecah RM200 juta, pengunjung berpeluang menikmati kelainan apabila tahun ini lebih banyak produk berteknologi hijau akan dipamerkan dan ditawarkan kepada para pembeli.

“Saya fikir pengunjung juga dapat mempelajari pelbagai aspek teknologi hijau bagi memenuhi gaya hidup masa depan melalui produk hartanah yang menggunakan konsep tersebut

“Kita turut menawarkan hartanah seperti lot komersial, pangsapuri dan rumah kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat Selangor tanpa mengira lapisan sosial,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Selpex 2011 di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok dan Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad.

Othman berkata, PKNS mempertaruhkan dua projek terbarunya yang keseluruhannya bernilai RM135 juta iaitu pembangunan bandar baru ala resort di Antara Gapi, Hulu Selangor dan pejabat kecil dan pejabat rumah (SoHo), Lumia di Selangor Science Park (SSP) 2 melibatkan 356 unit apartment servis bernilai RM240,000 seunit.

“PKNS berharap dengan menjadi penaja untuk kali kedua ini, PKNS dapat menggiatkan lagi industri hartanah selaras dengan matlamat PKNS yang menyediakan rumah kediaman mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana.

“Selpex 2011 menjanjikan pengalaman hebat buat pengunjung kerana berpeluang meninjau lebih banyak gerai jualan khususnya kepada generasi muda bagi memiliki rumah idaman serta menyokong kempen Skim Rumah pertama (SRP) oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, Selpex 2011 juga memberikan peluang kepada pembeli mendapatkan petua membeli rumah dan nasihat kewangan serta khidmat nasihat percuma hiasan dalaman, landskap, seni bina serta hiasan rumah.

“Pelbagai atur cara disediakan sepanjang ekspo tiga hari itu termasuk demonstrasi, bengkel dan penampilan selebriti tempatan serta antarabangsa.

“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM500,000 selain 1,000 pengunjung pertama akan memenangi baucar produk gaya hidup dan kesihatan bernilai lebih RM348,000,” katanya.

Ekspo yang telah berlangsung semalam itu dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga pukul 8 malam.

PROMOTIONS

SELPEX 2011

« More news
Terms and conditions Site Map
Wholly Owned by : PKNS  |  Managed by : Siera Management Sdn. Bhd.

Call : +603-55118858
Support : enquiry@saccconventioncentre.com