Twitter FaceBook You Tube

Bufet Ramadan SACC saji 100 jenis hidangan berbuka puasa

 SIASAH, Page: 5

Friday, 17 June 2011


SHAH ALAM: Saban tahun pastinya umat Islam akan menantikan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat untuk menunaikan kewajiban berpuasa tuntutan Rukun Islam ketiga di samping melakukan pelbagai amalan sunat yang berlipat ganda pahalanya.

Penghulu segala bulan mi pastinya mewah dengan pelbagai makanan tradisi dan moden sebagai juadah berbuka puasa di kebanyakan tempat dan bazar Ramadan hinggalah ke bufet yang disediakan oleh restoran serta hotel tempatan.

Tidak ketinggalan Shah Alam Convenction Centre (SACC) menerusi Westside Bistro yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam menawarkan pakej berbuka puasa kepada umat Islam bertemakan Nostalgia Rasa Nusantara menyajikan lebih 100 jenis hidangan Melayu dan Sumatera, Jawa. Lampung, Selatan Siam, Selatan Filipina. Brunei dan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad, bufet Ramadan bistro mi menampilkan persekiran ala-kampung bagi menjamin keselesaan

pelanggan ketika menjarnu selera juadah berbuka puasa malah berasa seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.

Di samping itu SACC juga turut menyediakan kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung seperti ruang solat khususnya untuk Solat Tarawih serta kemudahan wifi.

Tambahnya lagi bufet Ramadan mi menyediakan sebanyak lapan menu berlainan setiap han sepanjang bulan puasa mi. Bistro mi dibuka dan jam 7.00 hingga 10.30 malam setiap han. Bufet mi menawarkan bayaran serendah RM65.00 bagi dewasa manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas pula sepanuh harga.

Selain makanan, SACC juga turut menerirna tempahan bilik peribadi yang boleh memuatkan 40 orang dan lebih mengikut permintaan. Untuk makiumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi Westside Bistro di SACC di talian 03-5511 8858 atau emel kepada enquiry~ saccconventioncentre.com.

Caption Text:
Pelbagai menu juadah yang lazat dan pelbagai ditawarkan kepada pengunjung pada bulan Ramadha,i

 

Read Full Story

PROMOTIONS

SELPEX 2011

« More news
Terms and conditions Site Map
Wholly Owned by : PKNS  |  Managed by : Siera Management Sdn. Bhd.

Call : +603-55118858
Support : enquiry@saccconventioncentre.com