Twitter FaceBook You Tube


Siaran Media : SELPEX 2011 – MEMBUKA PELUANG KEPADA GENERASI MUDA MEMILIKI RUMAH PERTAMA

 

by Shah Alam Convention Centre (SACC) on Monday, May 30, 2011 at 11:49am

 

 

24 Mei 2011 – Ekspo hartanah dan gaya hidup terkini (SELPEX 2011) anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam  (SACC) kali kedua ini menjanjikan pengalaman hebat buat pengunjung kerana berpeluang meninjau lebih banyak gerai jualan khususnya kepada generasi muda bagi memiliki rumah idaman serta menyokong kempen SKIM RUMAH PERTAMA (SRP) oleh kerajaan. PKNS telah menaja ekspo hartanah dan gaya hidup ini dan seterusnya menjadi penaja Platinum bagi ekspo ini yang akan berlangsung pada 10hb - 12hb Jun 2011, bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Ybhg Dato’ Zulkifli Mohamad berkata,”SELPEX 2011” dapat memberi peluang kepada semua syarikat hartanah dan gaya hidup mempromosikan produknya. SACC berharap peserta pameran mengambil peluang ini untuk mempromosikan produknya kepada setiap pengunjung yang hadir”.

SELPEX 2011 menjangkakan seramai 30,000 pengunjung akan hadir membanjiri perkarangan dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

 

Sejumlah 60 peserta pameran telah mengambil bahagian didalam ekspo ini diantaranya PKNS, Sime Darby Property, Glomac Berhad, Naza TTDI,Worldwide Holdings Berhad dan lain-lain lagi.

SELPEX 2011 bukan sahaja membuka ruang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat tentang tips-tips membeli rumah, tetapi juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma berkaitan hiasan dalaman, landskap, seni bina, hiasan rumah, percutian & gaya hidup.

Download PDF

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siaran media 1st Mac 2011 MAJLIS PRA-PELANCARAN “DIVAS LAS VEGAS” MINGGU SETIAUSAHA SACC 2011 BERSAMA ANITA SARAWAK & NORYN AZIZ

by Shah Alam Convention Centre (SACC) on Monday, March 7, 2011 at 2:33p
 

 

Shah Alam,1hb Mac 2011 – Alamilah kemeriahan menyambut minggu setiausaha bersama seorang diva tersohor dan seorang lagi adalah penyanyi yang cukup menyerlah bakatnya pada masa kini – gandingan mantap dua bintang hebat ini pastinya akan menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran Shah Alam Convention Centre (SACC) yang julung kali diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 6 April ini bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang.

Persembahan bertaraf antarabangsa dan artis terhebat , Anita Sarawak dan Noryn Aziz akan menghiburkan kira-kira 1,500 tetamu dengan persembahan bertenaga mereka sementara para tetamu juga dapat dihiburkan dengan gelagat spontan pengacara jemputan Zizan Razak dan Juliana Evans.

Selain persembahan hebat dua bintang ini, tetamu yang hadir pada Minggu Setiausaha itu juga akan turut membawa pulang cenderamata menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat. Hadiah-hadiah lumayan bernilai hampir RM100,000.00 disediakan seperti barang kemas tajaan Elegance Club, set perabut mewah tajaan Empire Classic Furniture dan cenderhati yang menarik dari SACC.

 

Download PDF

 

Media Release - An Evening With SACC

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) LAUNCHES NEW CONCEPT

INDULGE   |   EXPERIENCE   |   DISCOVER

 

SACC – The Perfect solution for medium to large scale events

Shah Alam, 25th March 2011– The Shah Alam Convention Centre (SACC) launched a new concept, presenting clients with flexible solutions for their venue needs.

 

The SACC is the most ideal choice with a strategic location in Shah Alam complimented with surrounding hotels, SACC enjoy a “traffic free” and easy access from many choices of connecting highways, SACC serves an ideal for town hall meetings, Annual General Meetings, kick-off sessions, graduation ceremonies, seminars, lectures and signing ceremonies, to name but a few.

According to Dato’ Zulkifli Mohamad Chief Executive Officer (CEO), Shah Alam Convention Centre (SACC), “SACC aims to become a venue to serve all segments of market, be it leisure, lifestyle and business for the young, matured and senior. This is clearly being stated in SACC vision, ‘To be the trendsetter in creating the ultimate MICE experience and demonstrating by tonight’s function tagline ‘Indulge, Experience, Discover.

 

Download PDF

 
 

 

PROMOTIONS

SELPEX 2011

Terms and conditions Site Map
Wholly Owned by : PKNS  |  Managed by : Siera Management Sdn. Bhd.

Call : +603-55118858
Support : enquiry@saccconventioncentre.com